Wednesday, September 17, 2014

~CAKNA KANDUNGAN : PRA-EKLAMPSIA ~

CAKNA KANDUNGAN ANDA : PRA-EKLAMPSIA


Kehamilan adalah satu kenangan terindah yang dialami oleh wanita. Berbagai perasaan yang dirasai sepanjang kehamilan. Disaat awal kehamilan, bakal ibu akan mengalami berbagai simptom pembawaan anak. Ada yang yang mengalami 'morning sickness' yang teruk, ada yang 'cool' je bermacam-macam ragam dan karenah yang dialami. Namun, ketika kehamilan ini bakal-bakal ibu perlulah peka tentang perubahan kesihatan dan tubuh mereka. Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan perhatian yang lebih. 

PRA-EKLAMPSIA 


Apa itu Pra-eklampsia?
  • Pra-eklampsia adalah satu keadaan yang dialami oleh bakal ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia berlaku dalam 1 daripada 10 kehamilan.
  • Ia disebabkan oleh kerosakan uri yang menyebabkan kekurangan darah.
  • Pra-Eklampsia boleh menjurus kepada eklampsia dan keadaan ini adalah serius. Ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Pembentukan abnornal seawal kandungan 20 minggu.
  • Ibu berumur 20 tahun ke bawah



Mereka yang berisiko tinggi :-
  • Sesiapa sahaja mempunyai risiko untuk mengalami praeklampsia ini. Bahkan wanita yang pertama kali hamil juga berisiko.
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan.
  • Berumur 40 tahun dan keatas.
  • Mempunyai sejarah Tekanan Darah Tinggi atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang.
  • Mempunyai Pra-eklampsia pada kandungan sebelum.
  • Migrain
  • Kandungan kembar
  • SLE

Tanda-tanda awal Pra-eklampsia

Pra-eklampsia tidak mempunyai tanda-tanda atau simptom namun ia dapat dikenalpasti melalui :-
  • ujian air kencing , dimana berlaku peningkatan tekanan darah dan kandungan protein dalam air kencing.
  • sakit abdomen atas
  • muntah
  • mata berpinar dan sensitif kepada cahaya
  • rasa mahu pitam
  • sakit perut belah kanan atas
  • Sakit kepala

Kaedah rawatan

Terdapat 2 kaedah apabila berlakunya keadaan seperti ini :-
  • Apabila pra-eklampsia mencapai tahap yang serius, kaedah 'melahirkan' akan disarankan kepada ibu yang sudah mencapai kandungan 38 minggu.. Namun, ia menjadi masalah apabila kandungan berusia 30 minggu. Kaedah 'induce' atau 'ceaser' mungkin akan diambil. 

  • Sekiranya pra-eklampsia yang dialami sederhana dan rendah, kehamilan boleh diteruskan sehingga bayi menjadi matang dan pra-eklampsia didalam keadaan terkawal.
Sumber: majalah pa&ma jun 2014, portal alamhamil.com klik sini

pertanyaa, konsultasi dan pesanan boleh hubungi Cik Ken Di :
Noorashiken Zainal
<3 sms/whatsap/Telegram :019-2783660
<3 Emel : nshazken@gmail.com


With Love,
Cik Ken
019-2783660
Shaklee Independent Distributor

0 comments:

Post a Comment