Saturday, September 20, 2014

~PENYUSUAN : TEKNIK PENYUSUAN ~

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua ibu-ibu dan bakal - bakal ibu.
Fasa kehamilan sudah berlalu kini fasa kehidupan baru yang bakal ditempuhi oleh ibu-ibu semua.
Seronok dengan kelahiran baby yang comel, tapi mesti tak terlepas dari kerisauan yang membelenggu fikiran ibu-ibu semua.

Antara masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan baby pasti kekok nak menyusukan baby kan. Cik Ken dulu pun sama menghadapi masalah yang sama. Air mata jatuh 'sokmo' bila nak menyusukan baby Aishah. Cik Ken tak pernah putus asa, terus dan terus belajar dari google, youtube, mak mertua, kak long dan sesiapa yang dah ada pengalaman menyusukan baby. Cik Ken kongsikan

 TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL DAN EFEKTIF

KEDUDUKAN

  • Kedudukan badan, tempat duduk dan cara duduk adalah antara UTAMA yang perlu dititik beratkan. 
  • Pastikan duduk dengan SELESA.
  • BERSANDAR diatas katil atau kerusi. (Cik Ken suka letak bantal kat belakang dan letak bantal kat tengkuk, baru selesa).
  • Bersandar pun ada caranya, JANGAN TERLALU MEMBONGKOK & JANGAN TERLALU JAUH.
  • Gunakan BANTAL bawah lengan bagi bantu lengan menampung bayi ketika menyusu. contoh bantal yang Cik Ken Pakai

ihsan google. (tapi Cik Ken sama la yang macam ni)

MENDUKUNG BAYI
Cara mendukung bayi ialah :
  • kepala, tengkuk dan tubuh bayi mestilah selari.
  • Muka bayi menghadap payudara
  • kepala bayi diampun lengan ibu dan tangan ibu mengampu punggung bayi.

ihsan :google.com


MEMEGANG PAYUDARA
  • Pegang payudara dengan ibu jari kat atas jari lain dibawah ia akan membentuk 'C'. cara ini akan memudahkan ibu mengurut payudara.
  • Cara yang salah memegang payudara ialah bentuk 'V'. Ini kerana ia akan menyekat pengeluaran susu.


CARA PENYUSUAN
  1. Sentuh bibir bayi dengan payudara sehingga mulut bayi terbuka.
  2. Gerakkan bayi ke payudara BUKAN payudara ke bayi.
  3. (bayi letak bibir bawah ke payudara dan masukkan puting ke mulut bayi)
  4. Pastikan aerola masuk sepenuhnya ke dalam payudara (jika kawasan aerola tu besar, cukup separuh aerola masuk ke dalam mulut bayi)


Selain dari teknik-teknik asas ni, PERKARA PENTING ketika penyusuan ialah:-

Amalkan SUPLLY & DEMAND.
  • Kerapkan menyusu. 
  • Penyusuan biasanya memakan masa 30 minit - 1 jam setiap sesi.
  • Penyusuan dalam 1-2 jam sekali.
  • Kosongkan sebelah payudara , baru beralih ke payudara yang sebelah.


POSITIF
  • Bayi selalu menangis dan mengamuk apabila menyusu?
  • itu perkara yang biasa, Ibu-ibu hendaklah berfikiran positif.
  • 'Check' perut bayi (takut kembung), pampers dan bedungkan bayi.
  • Tarik nafas dan senyum. jangan menyusukan bayi ketika bayi sedang mengamuk. 
  • Pujuk bayi sebelum menyusu balik.

MAKANAN BERKHASIAT
  • Makan makanan yang berkhasiat walaupun dalam pantang. Pantang bukan bermaksud anda terus tidak boleh makan makanan yang berkhasiat. 
  • Makanan mengikut masa dan kerap. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 
  • Bukan sahaja boleh membanyakkan susu tetapi boleh mengembalikan badan ke bentuk asal.
  • Minum air 3 liter. Bagi yang berpantang minum air suam yang banyak.
  • Ambik Suplemen bagi memberi nutrien yang secukupnya kepada tubuh agar penghasilan susu dapat dipertingkatkan.


Dengan bajet RM100-RM450 anda mampu memiliki SET PENYUSUAN ini.

sumber : ibu-bayi.com

pertanyaa, konsultasi dan pesanan boleh hubungi Cik Ken Di :
Noorashiken Zainal
<3 sms/whatsap/Telegram :019-2783660
<3 Emel : nshazken@gmail.com


With Love,
Cik Ken
019-2783660
Shaklee Independent Distributor

0 comments:

Post a Comment