Saturday, May 24, 2014

PANDUAN AWAL PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum Warahmatullah WaBarakatuh

Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan berkongsi dengan ibu-ibu dan bakal-bakal ibu. Berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Ramai ibu-ibu masa kini yang memasang niat untuk menyusukan bayi mereka. Ini disebabkan meningkatnya pengetahuan tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan kempen -kempen penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu bukanlah suatu yang baru, bahkan Nabi Muhammad s.a.w juga disusukan oleh Halimatus Saadiah. Dalil Al-Quran berkaitan penyusuan susu ibu ialah :-

Surah Al-Baqarah, ayat 233 ;
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya... "

Sekurang-kurang penyusuan susu ibu ialah 6 bulan dan sebaik-baiknya ialah 2 tahun. 

KEBAIKAN SUSU IBU
Kepada Bayi:-
  • mendapat nutrien yang banyak.
  • mengelakkan bayi kembung
  • emosi bayi lebih baik (dakapan ibu & anak)
  • bayi yang menyusu susu ibu kurang mendapat berat berlebihan bila dewasa.
  • pneumonia
  • ekzema
  • jangkitan telinga
kepada ibu:-
  • mudah menurunkan berat badan.
  • mengurangkan risiko kanser payudara & ovari

PERBEZAAN SUSU IBU DAN SUSU FORMULA

WAKTU TERBAIK MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Waktu penyusuan susu ibu yang terbaik adalah selepas melahirkan. kebanyakkan hospital rakan bayi amat menyarankan kaedah skin-to-skin. kaedah skin-to-skin adalah cara meransang pengeluaran susu ibu dengan baik. selain itu dapat mententeramkan bayi selepas dilahirkan. selepas bayi diazan dan dibersihkan siibu terus memberi susu ibu kepada bayi. susu pertama atau kolostrom adalah susu yang terbaik buat bayi. kolostrom ini dapat menguatkan antibodi bayi.

PERMASALAHAN KETIKA PENYUSUAN SUSU IBU
Terdapat beberapa permasalahan yang sering dihadapi oleh yang baru menyusukan bayi mereka. antaranya:-

  • puting tenggelam
  • susu kurang
  • puting melecet
  • bengkak susu
Masalah ini dapat diatasi dengan bahan pembacaan dan ibu mestilah sentiasa tenang. Saya akan kongsikan cara menghadapi masalah - masalah ketika menyusukan bayi anda.

PERSEDIAAN SEBELUM MENYUSU
Setiap ibu perlulah bersedia dari segi ilmu, emosi dan juga barang-barang yang menyokong penyusuan. Saya masih ingat lagi semasa menyusukan anak sulung saya, saya langsung tak terfikir perlunya barang - barang yang menyokong penyusuan susu ibu. Apabila sudah memulakan penyusuan susu ibu, mulalah kelam-kabut mencari di kedai bayi. Sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu saya sarankan menyediakan keperluan yang menyokong penyusuan susu ibu. Barang Keperluan susu ibu ;-
  • breast pad
  • nursing cover
  • bantal 'C ' untuk keselesan ketika menyusu
  • nursing bra
  • pam susu
  • suplemen (bagi memastikan si ibu sentiasa bertenaga)klik sini
antara laman online yang boleh dilawati ialah kedai online autumz

Antara ayat yang boleh diamalkan ketika penyusuan susu ibu.
  • letak tangan di payudara dan berdoalah kepada Allah dan membaca ayat ini.
  • basahkan lidah dengan berzikir "Ya Matin" ketika menyusukan bayi.


Sentiasa ingat "SAYA MAMPU & BOLEH MENYUSUKAN ANAK SAYA".

With Love,
Shiken Azhar

Noorashiken Binti Zainal
Shaklee Independent Distributor (ID No 1077312)
nshazken@gmail.com
+6019-2783660

0 comments:

Post a Comment