Friday, May 16, 2014

Cara Buat Bubur Segera Homemade

Assalamualaikum.
Selamat Tengahari.
Dah masak ke? Amboi soalan klise orang kata. Hehhe.
Hari Sabtu macam ni, rutin biasa ialah menghabiskan masa dengan en.azhar & anak2. Guling-guling sambil update status FB. Wah giteww.
Selain dari aktiviti guling-guling, macam biasa saya akan buat stok makanan untuk baby Rania Auni. Jadi, hari ni nak kongsi macamaner saya buat bubur segera.
RESEPI BUBUR SEGERA (Homemade)
-------------------
* beras (ikutlah banyak mana nak wat)
Cara-caranya:-
1. Basuh beras sampai bersih dan toskan.
2. Goreng beras atas kuali TANPA MINYAK.
3. Goreng sampai putih @ kekuningan.
4. Biar beras tadi sejuk.
5. Blender beras sampai jadi tepung @ halus.
6. Beras ni boleh disimpan didalam peti ais.
Cara masak bubur segera:-
* ambik 1-2 sudu beras tadi, bancuh dengan air panas.
* panaskan atas api + puree kegemaran anak2.
* sekejap je bubur akan lembut.
Dah boleh makan *^_^*

P/s:- ibu2 yang berkerjaya boleh la wat banyak- banyak. Saya suka wat stok seminggu je.

Salam sayang,
Shiken Azhar
019-2783660









Noorashiken binti Zainal
Shaklee Independent Distributor
(ID NO 1077312)
nshazken@gmail.com
019-2783660

0 comments:

Post a Comment